Sunday, May 4, 2014

Nasihat 12 Setelah Mengamalkan Ilmu Barulah Engkau Mengetahui Hakikatnya



Wahai anakku yang tercinta,

Dan ketahuilah bahawasanya sebahagian daripada masalah yang engkau tanyakan kepadaku itu tidak dapat dijawab dengan tulisah ataupun perkataan.


Tetapi bila engkau telah sampai kepada hakikat halnya maka barulah engkau akan faham. 


Kalau engkau belum sampai ke sana maka engkau belum mengetahuinya, kerana masalah-masalah itu adalah masalah “zauqiah” iaitu masalah yang tidak dapat difaham dengan sebenarnya kecuali setelah dirasai oleh seorang akan hakikatnya, maka masalah-masalah yang seperti ini tidak dapat hanya disifatkan dengan perkataan tetapi mesti dengan dicuba dan dirasai, seperti manisnya sesuatu yang manis dan pahitnya sesuatu pahit, maka hal ini tidak dapat diketahui kecuali dengan dirasai (bukan dengan perkataan atau tulisan)



PENJELASAN
Di antara salafus Shalih ada yang bersungguh-sungguh ibadah sehingga kalau dikatakan kiamat terjadi besok hari, dia tidak mampu lagi menambah amal ibadahnya, karena sudah dikerjakan melebihi kemampuan. Di antaranya ialah :
KATA ABU MUSLIM AL KHAULANI
Abu Muslim al Khaulani rahimahullah, beliau berkata, "kalau dikatakan padaku, Jahannam sudah dinyalakan, maka aku tak boleh lagi menambah amalku."
Kenikmatan ibadah yang dirasakan sebahagian ulama menjadikan mereka berdoa kepada Allah agar mengurniakan solat di dalam kuburnya. Harapannya supaya boleh merasakan nikmatnya solat di alam kubur sebagaimana yang dirasakannya di dunia, lalu Allah mengabulkan permohonannya dan mengizinkan berbuat demikian.
KATA THASBIT BIN ASLAM AL BANNAANI ALA BASHRI
"Ya Allah, jika Engkau masih memberikan kesempatan untuk solat dalam kuburnya, maka berikan aku kesempatan solat dalam kuburku." (doa Tsabit al Bannaani)
Tsabit bin Aslam al Bannaani al Bashri rahimahullah berkata, "tidak ada sesuatu yang kurasakan dalam hatiku lebih nikmat daripada qiyamullail." Dan beliaupun berdo'a "Ya Allah, jika Engkau masih memberikan kesempatan untuk shalat dalam kuburnya, maka berikan aku kesempatan shalat dalam kuburku." (Dikeluarkan oleh al Baihaqi dalamSyu'ab al Imaan: 6/402)
Lalu Allah mengabulkan permintaannya, maka dilihat oleh Abu Sinan -orang yang menguburkannya-Tsabit solat dalam kuburnya dan ada yang telah bermimpi melihatnya solat dalam kubur dengan memakai pakaian sutera hijau.
Mereka menghidupkan malamnya dengan ketaatan kepada Rabb-nya dengan tilawah, tadharru', dan berdoa

Nasihat 11 Ibadatmu Hendaklah Mengikut Aturan Syarak


Wahai anakku yang tercinta,
Pati segala ilmi itu ialah bahawa engkau mengetahui cara mengerjakan ketaatan dan ibadat akan Allah Ta’ala.
Ketahuilah bahasanya taat dan ibadat itu ialah mengikuti aturan Allah ta’ala paa segala suruhan, larangan, perkataan dan perbuatan. Maka segal apa yang engkau katakan dan segala apa yang engkau buat dan yang engkau tinggal hendaklah mengikuti peraturan syariat. Kalau tidak, ia akan menjadi dosa seperti halnya bila engkau berpuasa di hari raya dan hari-hari tasryiq (iaitu hari ke10 (hari Raya) & 11, 12 & 13 bulan Zulhijjah) maka engkau telah melakukan kemaksiatan. Begitu pula halnya seandainya engkau sembahyang memakai pakaian yang dicuri maka adalah juga berdosa walaupun pada zahirnya engkau telah melakukan suatu bentuk ibadat.

Wahai anakku yang tercinta,
Sayugianya perkataanmu dan perbuatanmu itu sesuai dengan peraturan syarak, kerana ilmu dan amal yang tidak sesuai dengan aturan syarak adalah sia-sia sahaja. Dan sayugia bagimu bahawa engkau tidak tertipu dengan terlatah dan keterlanjuran perkataan ahli tasauf, kerana jalan akhirat ini hanya dijalani dengan mujahadah (bersungguh-sungguh) dan melawan nafsu dan memotongnya dengan pedang riadah (latihan) bukan dengan tlatah dan ucapan-ucapan yang direka-rekakan sahaja.

Dan ketahuilah bahawasanya lidah yang tidak dikawal itu dan hati yang tertutup dan dipenuhi dengan kelalaian dan syahwat adalah merupakan tanda kecelakaan seseorang, dan apabila engkau tidak melawan nafsumu dan tidak bermujahadah dengan benar maka sudah pasti hatimu tidak akan hidup dengan cahaya ma’rifat.