Wahai anakku yang tercinta,
seandainya ilmu semata-mata itu cukup bagi engkau dan tidap perlu kepada amalan,
maka tidak ada faedahnya seruan suci di tengah malam, seperti disebutkan :
هل مِنْ سَاْئِلٍ ؟ هل مِنْ مُستغفِرٍ ؟ هل مِنْ تائبٍ ؟
“adakah di sana orang yang
meminta sesuatu? Adakah di sana orang yang meminta ampun? Adakah di sana orang
yang bertaubat?.
Diriwayatkan bahasanya
sebahagian daripada sahabat ra menyebutkan tentang keindahan keperibadian
Saidina Abdullah bin Umar ra di sisi Rasulullah saw. Lalu Baginda bersabda :
نعمَ الرجُلُ هُوَ, لَوْ كَاْنَ يُصًلي بالليلِ
Ertinya : Abdullah bin Umar itu
sangat baik orangnya, apakan lagi kalau beliau bangkit sembahyang di waktu
malam.
Dan Rasulullah saw pernah
berkata kepada salah seroang sahabatnya :
يا فُلانُ لا تُكْثِرِ النومَ بالليلِ فإنَّ كَثْرَةَ
النومِ بالليل يَدَعُ صَاْحِبُهُ فقيراً يومَ القيامةِ
Ertinya : WWahai Fulan!
Janganlah engkau terlalu banyak tidur di waktu malam kerana terlalu banyak
tidur di waktu malam itu menjadikan seseorang fakir di hadapan Allah pada hari
kiamat nanti.
Wahai anakku yang tercinta,
Hendaklah engkau selalu
mengingati firman-firman Allah ta’ala :
ومِنَ الليل فَتَهَجدْ به
Surah Al Isra’ 79
Maksudnya : dan hendaklah
engkau bangkit sembahyang tahajjud pada sebahagian dariapda waktu malam.
Dan firman ini mengandungi
makna suruhan.
Dan firmanNya lagi :
وبالأسحارِهمْ يستغفرُون
Surah az Zariyat 18
Maksudnya : dan di waktu sahur
mereka sentiasa beristighfar (memohon ampun) akan Allah.
Dalam firman ini mengandungi
makna syukur.
Dan firmanNya lagi :
والمُستغفِرينَ بالأسحار
Surah ali Imran 17
Maksudnya : (Mereka yang Berjaya
itu ialah) orang yang selalu beristighfar di waktu sahur.
Dan telah bersabda Rasulullah
saw :
ثلاثُ أصواتٍ يُحبُّها اللهُ تعالى : صوتُ الديك وصوتُ الذي
يقرأُ القرءانَ وصوتُ المُستغفرين بالأسحار
Ertinya : Ada 3 macam suara
yang dicintai oleh Allah, suara ayam jantan yang berkokok, suara orang membaca
al Quran dan surara orang yang beristghfar di waktu sahur.
Dan berkata Sufyan At Thaura ra : Sesungguhnya Allah
Ta’ala telah menciptakan satu angina yang berhembus di waktu sahur untuk
membawa zikir dan istighfar kepada Tuhan, Raja Yang Maha Perkasa.
Dan beliau berkata lagi : Apabila bermula malam maka
memanggillah suatu pemanggil daripada bawah Arasy : “Hendaklah bangkit para ‘abidin
(orang-orang yang banyak beribadat), maka merekapun bangkit dan terus
bersembahyang dengan sembahyang yang banyak.
Dan apabila sudah berlalu separuh malam, maka
memanggil pula sesuatu pemanggil : “hendaklah bangkit para Qanitin”
(Orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadat). Maka merekapun bangkit dan
terus bersembahyang sehingga sampai ke waktu sahur.
Dan apabila datang waktu sahur maka memanggil pula
suara pemanggil “hendklah bangkit para Mustaghfirin” (orang-orang yang mahu
beristghfar), lalu merekapun bangkit dan terus beristighfar.
Dan apabila fajar sudah naik menyinsing maka memanggilah
oleh suatu pemanggil “hendaklah bangkit golongan ghofilin” (orang-orang yang
lalai), lalu merekapun bangkit daripada hamparan mereka laksana orang mati yang
dibangkitkan daripada kubur mereka.
Wahai anakku yangtercinta,
Adalah diriwayatkan di dalam wasiat Luqman al Hakim
bagi anaknya bahawa beliau berkata :
Wahai anakkau yang tercinta, janganlah sampai ayam
jantan itu lebih bijak daripada engkau. Ia berkokok di waktu sahur, sedangkan
engkau masih tidur lagi.
Dan sungguh sangat indah sekali gubahan syair di
bawah ini :
لقد
هَتَفَتْ في جُنحِ لَيلٍ حَمامةٌ
على فَنَنٍ وَهْناً
وإِنِّي لَنَاْئِمُ
كَذَبْتُ
وبيتِ اللهِ لو كُنْتُ عاشِقاً
لَمَا سَبَقَتْنِي
بالبُكاءِ الحَمائٍمُ
وازعُمُ
أًنِّيْ هَاْئِمٌ ذُو صَبابَةٍ
لِرَبِّي أبكِي وتَبْكِي
البَهائِمُ


