Wednesday, April 23, 2014

NASIHAT 10 BANGUNLAH BERIBADAT DI WAKTU MALAM

Wahai anakku yang tercinta, seandainya ilmu semata-mata itu cukup bagi engkau dan tidap perlu kepada amalan, maka tidak ada faedahnya seruan suci di tengah malam, seperti disebutkan :
هل مِنْ سَاْئِلٍ ؟ هل مِنْ مُستغفِرٍ ؟ هل مِنْ تائبٍ ؟
“adakah di sana orang yang meminta sesuatu? Adakah di sana orang yang meminta ampun? Adakah di sana orang yang bertaubat?.
Diriwayatkan bahasanya sebahagian daripada sahabat ra menyebutkan tentang keindahan keperibadian Saidina Abdullah bin Umar ra di sisi Rasulullah saw. Lalu Baginda bersabda :
نعمَ الرجُلُ هُوَ, لَوْ كَاْنَ يُصًلي بالليلِ
Ertinya : Abdullah bin Umar itu sangat baik orangnya, apakan lagi kalau beliau bangkit sembahyang di waktu malam.
Dan Rasulullah saw pernah berkata kepada salah seroang sahabatnya :
يا فُلانُ لا تُكْثِرِ النومَ بالليلِ فإنَّ كَثْرَةَ النومِ بالليل يَدَعُ صَاْحِبُهُ فقيراً يومَ القيامةِ
Ertinya : WWahai Fulan! Janganlah engkau terlalu banyak tidur di waktu malam kerana terlalu banyak tidur di waktu malam itu menjadikan seseorang fakir di hadapan Allah pada hari kiamat nanti.
Wahai anakku yang tercinta,
Hendaklah engkau selalu mengingati firman-firman Allah ta’ala :
ومِنَ الليل فَتَهَجدْ به
Surah Al Isra’ 79
Maksudnya : dan hendaklah engkau bangkit sembahyang tahajjud pada sebahagian dariapda waktu malam.
Dan firman ini mengandungi makna suruhan.
Dan firmanNya lagi :
وبالأسحارِهمْ يستغفرُون
Surah az Zariyat 18
Maksudnya : dan di waktu sahur mereka sentiasa beristighfar (memohon ampun) akan Allah.
Dalam firman ini mengandungi makna syukur.
Dan firmanNya lagi :
والمُستغفِرينَ بالأسحار
Surah ali Imran 17
Maksudnya : (Mereka yang Berjaya itu ialah) orang yang selalu beristighfar di waktu sahur.
Dan telah bersabda Rasulullah saw :
ثلاثُ أصواتٍ يُحبُّها اللهُ تعالى : صوتُ الديك وصوتُ الذي يقرأُ القرءانَ وصوتُ المُستغفرين بالأسحار
Ertinya : Ada 3 macam suara yang dicintai oleh Allah, suara ayam jantan yang berkokok, suara orang membaca al Quran dan surara orang yang beristghfar di waktu sahur.
Dan berkata Sufyan At Thaura ra : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menciptakan satu angina yang berhembus di waktu sahur untuk membawa zikir dan istighfar kepada Tuhan, Raja Yang Maha Perkasa.
Dan beliau berkata lagi : Apabila bermula malam maka memanggillah suatu pemanggil daripada bawah Arasy : “Hendaklah bangkit para ‘abidin (orang-orang yang banyak beribadat), maka merekapun bangkit dan terus bersembahyang dengan sembahyang yang banyak.
Dan apabila sudah berlalu separuh malam, maka memanggil pula sesuatu pemanggil : “hendaklah bangkit para Qanitin” (Orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadat). Maka merekapun bangkit dan terus bersembahyang sehingga sampai ke waktu sahur.
Dan apabila datang waktu sahur maka memanggil pula suara pemanggil “hendklah bangkit para Mustaghfirin” (orang-orang yang mahu beristghfar), lalu merekapun bangkit dan terus beristighfar.
Dan apabila fajar sudah naik menyinsing maka memanggilah oleh suatu pemanggil “hendaklah bangkit golongan ghofilin” (orang-orang yang lalai), lalu merekapun bangkit daripada hamparan mereka laksana orang mati yang dibangkitkan daripada kubur mereka.

Wahai anakku yangtercinta,
Adalah diriwayatkan di dalam wasiat Luqman al Hakim bagi anaknya bahawa beliau berkata :
Wahai anakkau yang tercinta, janganlah sampai ayam jantan itu lebih bijak daripada engkau. Ia berkokok di waktu sahur, sedangkan engkau masih tidur lagi.
Dan sungguh sangat indah sekali gubahan syair di bawah ini :
لقد هَتَفَتْ في جُنحِ لَيلٍ حَمامةٌ
على فَنَنٍ وَهْناً وإِنِّي لَنَاْئِمُ
كَذَبْتُ وبيتِ اللهِ لو كُنْتُ عاشِقاً
لَمَا سَبَقَتْنِي بالبُكاءِ الحَمائٍمُ
وازعُمُ أًنِّيْ هَاْئِمٌ ذُو صَبابَةٍ
لِرَبِّي أبكِي وتَبْكِي البَهائِمُ
*    Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kay. Ia terus sahja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku.
*    Bohong, sebenarnya bohong akau demi Tuhan Baitullah, seandainya aku benar seorang yang asyik (akan Allah) sudah tentu burung-burung tidak akan mendahuluiku menangis.

*    Aku mendakwa bahawa aku seroang pencita yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih, namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang.

Nasihat ke 9 Tinggikan Hemahmu Dan Lawanlah Nafsumu Dan Buatlah Bekalan Akhirat

Wahai anakku yang tercinta,
Jadikanlah hemahmu itu dalam meningkatkan rohanimu, dan jadikanlah segala kegagalan itu berada di pihak hawa nafsumu. Dan jadikanlah kematian ini hanya pada badanmu, kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur, dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu pada setiap masa, maka jangan sekali-kali engkau datang ke sana tanpa bekalan.

Dan berkata Saidina Abu Bakar as Siddiq ra :
“Badan kita itu tidak ubahnya laksana sangkar burung ataupun kandang binatang, maka fikirlah baik-baik untuk dirimu. Dan tentukanlah bagi dirimu, yang mana satu di antara dua perumpamaan ini”.

“Jikalau engkau laksana burung yang terbang tinggi maka ia akan terbang dengan riang gembira apabila mendengara seruan”.

ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّة
Surah al Fajr 28
Maksudnya :
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai.

Engkau akan terus terbang tinggi sehingga engkau akan hinggap di puncak pohon pohonan syurga yang tinggi. Ini seperti mana sabda Rasulullah sollahu alaihi wasallam, ketika Saad bin Muaz meninggal dunia :

اِهْتَزْ عَرْشُ الرحمنِ مِنْ مَوْتِ سَعدِ بنِ مُعَاْذٍ
Ertinya :
Telah bergegar Arasy Allah (kerana kegembiraan) ketika kematian Saad bin Muaz.

Dan mudah mudahan Allah melindungi engkau daripada menjadi laksana binatang ternak seperti firman Allah ta’ala :

أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ
Surah al A'raf 179
Maksudnya :
Mereka ini laksana binatang bahkan lebih sesat lagi.

Maka tidak mustahil bahawa engkau berpindah dari alam dunia ini ke dalam jurang api neraka.

Dan adalah diriwayatkan bahawa Imam Hassan Al Basri rahimahullahu ta’ala diberikan kepada beliau segelas air sejuk lalu beliau memegang gelas tersebut dan terus sahaja beliau pengsan. Apabila beliau telah sedar lalu ada orang bertanya, kenapa tadi engkau jatuh pengsan. Beliau menjawab, tadi akau teringat angan-angan ahli neraka, kelak nanti mereka berkata kepada ahli syurga :
أَنْ أَفِيضُواْ عَلَيْنَا مِنَ الْمَاء أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ
Surah al A’raf 50
Ertinya :

Limpahkan kepada kami sebahagian daripada air yang ada pada kamu atau apa sahaja makanan dari rezeki yang telah diberi oleh Allah kepada kamu.