Wahai anakku yang tercinta,
Jadikanlah hemahmu itu dalam meningkatkan rohanimu, dan jadikanlah segala
kegagalan itu berada di pihak hawa nafsumu. Dan jadikanlah kematian ini hanya
pada badanmu, kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur, dan penghuni kubur
sentiasa menanti kedatanganmu pada setiap masa, maka jangan sekali-kali engkau
datang ke sana tanpa bekalan.
Dan berkata Saidina Abu Bakar as Siddiq ra :
“Badan kita itu tidak ubahnya laksana sangkar burung ataupun kandang
binatang, maka fikirlah baik-baik untuk dirimu. Dan tentukanlah bagi dirimu,
yang mana satu di antara dua perumpamaan ini”.
“Jikalau engkau laksana burung yang terbang tinggi maka ia akan terbang
dengan riang gembira apabila mendengara seruan”.
ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّة
Surah al Fajr 28
Surah al Fajr 28
Maksudnya :
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai.
Engkau akan terus terbang tinggi sehingga engkau akan hinggap di puncak
pohon pohonan syurga yang tinggi. Ini seperti mana sabda Rasulullah sollahu
alaihi wasallam, ketika Saad bin Muaz meninggal dunia :
اِهْتَزْ عَرْشُ الرحمنِ مِنْ مَوْتِ سَعدِ بنِ مُعَاْذٍ
Ertinya :
Telah bergegar Arasy Allah (kerana kegembiraan) ketika kematian Saad bin
Muaz.
Dan mudah
mudahan Allah melindungi engkau daripada menjadi laksana binatang ternak
seperti firman Allah ta’ala :
أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ
Surah al A'raf 179
Maksudnya
:
Mereka ini
laksana binatang bahkan lebih sesat lagi.
Maka tidak
mustahil bahawa engkau berpindah dari alam dunia ini ke dalam jurang api
neraka.
Dan adalah
diriwayatkan bahawa Imam Hassan Al Basri rahimahullahu ta’ala diberikan kepada
beliau segelas air sejuk lalu beliau memegang gelas tersebut dan terus sahaja
beliau pengsan. Apabila beliau telah sedar lalu ada orang bertanya, kenapa tadi
engkau jatuh pengsan. Beliau menjawab, tadi akau teringat angan-angan ahli
neraka, kelak nanti mereka berkata kepada ahli syurga :
أَنْ أَفِيضُواْ عَلَيْنَا مِنَ الْمَاء أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ
اللّهُ
Surah al A’raf 50
Surah al A’raf 50
Ertinya :
Limpahkan
kepada kami sebahagian daripada air yang ada pada kamu atau apa sahaja makanan
dari rezeki yang telah diberi oleh Allah kepada kamu.
No comments:
Post a Comment