Sunday, May 4, 2014

Nasihat 11 Ibadatmu Hendaklah Mengikut Aturan Syarak


Wahai anakku yang tercinta,
Pati segala ilmi itu ialah bahawa engkau mengetahui cara mengerjakan ketaatan dan ibadat akan Allah Ta’ala.
Ketahuilah bahasanya taat dan ibadat itu ialah mengikuti aturan Allah ta’ala paa segala suruhan, larangan, perkataan dan perbuatan. Maka segal apa yang engkau katakan dan segala apa yang engkau buat dan yang engkau tinggal hendaklah mengikuti peraturan syariat. Kalau tidak, ia akan menjadi dosa seperti halnya bila engkau berpuasa di hari raya dan hari-hari tasryiq (iaitu hari ke10 (hari Raya) & 11, 12 & 13 bulan Zulhijjah) maka engkau telah melakukan kemaksiatan. Begitu pula halnya seandainya engkau sembahyang memakai pakaian yang dicuri maka adalah juga berdosa walaupun pada zahirnya engkau telah melakukan suatu bentuk ibadat.

Wahai anakku yang tercinta,
Sayugianya perkataanmu dan perbuatanmu itu sesuai dengan peraturan syarak, kerana ilmu dan amal yang tidak sesuai dengan aturan syarak adalah sia-sia sahaja. Dan sayugia bagimu bahawa engkau tidak tertipu dengan terlatah dan keterlanjuran perkataan ahli tasauf, kerana jalan akhirat ini hanya dijalani dengan mujahadah (bersungguh-sungguh) dan melawan nafsu dan memotongnya dengan pedang riadah (latihan) bukan dengan tlatah dan ucapan-ucapan yang direka-rekakan sahaja.

Dan ketahuilah bahawasanya lidah yang tidak dikawal itu dan hati yang tertutup dan dipenuhi dengan kelalaian dan syahwat adalah merupakan tanda kecelakaan seseorang, dan apabila engkau tidak melawan nafsumu dan tidak bermujahadah dengan benar maka sudah pasti hatimu tidak akan hidup dengan cahaya ma’rifat.

No comments: