Sunday, November 16, 2014

SIFAT KE 16 : CARILAH GURU YANG MURSYID



Wahai anakku yang tercinta,
Sayugianya bagi seseorang yang menjalan jalan akhiran itu bahawa ada baginya seorang guru yang mursyid lagi pandai mendidik supaya guru itu dapat menghilangkan daripadanya akan perangai-perangai yang jahat itu dengan terbiahnya. Lalu guru ini menggantikan peragai yang jahat tadi dengan akhlak yang mulia. 

Dan dalam proses tarbiyah ini, kerja seorang guru tidak ubahnya seperti kerja seorang petani yang sentiasa membuang duri dan mencabut rumput yang tumbuh dicelah-celah tanamannya. Maka dengan itu tanamannya akan hidup segar dan akan menghasilkan hasil yang sempurna, Maka sayugia bagi murid yang berjalan ke negeri akhirat itu ada seorang guru yang mentad’dibkannya (mengajarkan adab baginya) dan menunjukkan kepadanya jalan Allah Ta’ala, kerana Allah Ta’a telah mengutus segala rasulnya apabila para rasul ini telah meninggalkan dunia sudah pasti Allah Ta’ala akan menjadikan bagi mereka akan “khulafa” atau pengganti yang meneruskan tugas mereka untuk memberikan bimbingan ke jalan Allah Ta’ala.

Dan sifat-sifat seorang guru mursyid yang layak mengganti Rasulullah sollahu alaihi wasallam itu ialah bahawa ia seorang yang benar-benar alim, tetapi bukan semua orang yang alim layak menjadi pengganti kepada Rasulullah sollahu alaihi wasallam.

Dan sekarang akan aku sebutkan sifat-sifat guru yang mursyid secara ringkas, supaya jangan mudah seseorang itu mengaku bahawa dirinya adalah seorang guru yang mursyid.
Sifat-sifat itu ialah :
Pertama : Seorang guru yang berpaling daripada mencintai dunia dan mencintai pangkat.

Kedua : Beliau telah berguru dengan gurunya yang mursyid yang banyak mengetahui tentang segala halnya dan guru yang mursyid itu, juga telah berguru dengan seorang guru yang mursyid sebelunya, begitulah seterusnya wujud salasilah guru yang mursyid ini sehingga sampai keapda penghulu sekalian rasul, Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam.

Ketiga : Beliau ailah seorang guru yang benar-benar telah berjaya dalam mendidik dirinya dengan menyedikitkan makan, sedikit bercakap-cakap, sedikit tidur dan banyak bersembahyang, banyak bersedekah dan juga banyak berpuasa.

Keempat : Beliau dengan sebab berguru dengan gurunya yang mursyid tadi, telah mampu menjadikan akhlak yang mulia sebagai cara hidupnya seperti sabar, sembahyang, syukur, tawakkal, yakin, qana’ah (merasa cukup dengan yang ada) tenang jiwa, penyantun, tawadhu’, banyak ilmu, benar, malu, menyempurnakan janji, tenang pendirian, tenang pembawaan, berhati-hati dalam segala urusan dan sebagainya.

Dan apabila guru itu telah bersifat dengan sifat-sifat yang mulia ini maka sebenarnya ia adalah “nur” daripada “Anwar” Nabi sollahu alaihi wasallam, yang layak untuk diikuti. Tetapi kewujudan guru yang mempunyai sifat-sifat ini sangat jarang sekali, lebih sukar wujudnya daripada al Kibrit al Ahmad{(belereng yang merah) Satu perumpamaan bagi sesuatu yang sangat langka yakni sangat sukar wujudnya}

Maka sesiapa yang telah mendapat habuan baik, lalu ia bertermu dengan Syeikh yang mursyid ini dan pihak Syeikh pula bersedia untuk membimbingnya, maka hendaklah ia benar-benar menjaga adab-adab terhadapnya, sama ada yang zahir atau adab yang batin.

ADAPUN ADAB-ADAB YANG ZAHIR ITU IAITU :

Pertama : Bahawa ia jangan sama sekali bertengkar dengannya dan jangan pula suka berhujjah melawannya pada apa jua masalah, walaupun kia mengetahui salahnya (pada zahir)

Kedua : Jangan ia sbersegera meletakkan kain sejadah di hadapannya, kecuali pada waktu hendak menunaikan sembahyang dan apabila ia telah selesai sembahyang maka hendaklah ia segera mengangkatnya.

Ketiga : Jangan ia memperbanyak sembahyang sunat di hadapnnya.

Keempat : Hendaklah ia mengamalkan apa-apa yang disuruh oleh syeikhnya dengan kadar kemampuannya.

ADAPUN ADAB-ADAB YANG BATIN PULA IAITU

Pertama : Segala sesuatu yang ia dengar daripada syeikhnya dan telah diterimanya apda zahir maka jangan sekali-kali ia mengingkarinya pada batinnya, jangan pada perbuatan dan jangan pula pada perkataan, supaya ia terselamat daripada tanda orang yang munafik dan seandainya ia tidak dapat berbuat demikian maka sebaiknya ia tinggalkan sahaja gurunya itu, sehingga sampai suatu masa yang ia akan menyamakan batin dengan zahirnya.

Kedua : Hendaklah ia menjauhi dariapda bersahabat dengan orang yang jahat supaya ia dapat mengosongkan lembaran hatinya daripada segala perhubungan dan pengaruh syaitan jin dan juga syaitan manusia. Maka dengan itu akan suci hatinya daripada kekotoran syaitan. Dan walau bagaimanapun ia mesti memilih kefakiran daripada kekayaan.

No comments: