Thursday, July 3, 2014

Nasihat ke 5 Ikhlaskan Niatmu



Wahai anakku yang tercinta,
Berapa banyakkah daripada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan mentalaahkan kitab, dan berapa lama engkau telah menahan tidur ke atas dirimu.

Saya tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau berbuat demikian, apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia, menghimpunkan segala mata bendanya dan mencapai kedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kebolehanmu di hadapan kawan-kawan. Jikalau ini niatmu maka engkau akan rugi serugi-ruginya.

Tetapi jika niatmu di dalam segala usahamu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم   dan memperbaiki akhlakmu, serta memecahkan keinginan nafsumu yang selalu menyuruh untuk berbuat jahat, maka untunglah engkau seribu untung. Sungguh benar seorang ahli syair yang berkata :

سَهْرُ العُيُوْنِ لِغَيْرِ وَجْهِكَ ضَاْئِعٌ * وبُكَاْؤُهُنَّ لِغَيْرِ فَقْدِكَ بَاْطِلُ

Ertinya : Berjaga malam kalau bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah berguna.

No comments: