Friday, July 4, 2014

Nasihat ke 7 Dahulukan Belajar Ilmu Yang Fardhu Ain



Wahai anakku yang tercinta,

Apakah hasil yang akan engkau perolehi daripada menghabiskan masa hanya belajar ilmu al Kalam (perbahasan ilmu Tauhid yang dalam dalam) dan ilmu al Khilaf (Perbahasan ilmu Fekah yang halus-halus) dan ilmu at Thib (ilmu kedoktoran/perubatan) dan ilmu dawawin wal syi’r (ilmu yang berkenaan dengna dewan syair Arab) dan ilmu an Nujum (ilmu peredaran bintang) dan ilmu al A’rud (ilmu yang berkaitan dengan timbangan syair Arab) dan Ilmu an Nahu wa tasrif (ilmu yang berkenaan dengan kaedah bahasa Arab) selain daripada mempersia-siakan umur dengna menyalahi perintah Allah yang Maha Besar.



Sesungguhnya aku telah melihat di dalam Injil Nabi Isa alaihissalam ada disebutkan :

Mulai seorang mayat diletakkan di atas keranda sampai mayat itu diletakkan di tepi kuburnya, Allah taala telah bertanya kepadanya empat puluh soalan. Yang pertama sekali ialah :


“Wahai hambaKu! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia kepadamu (iaitu anggota badanmu) tetapi engkau tidak peduli kepada tempat pandanganKu (hati engkau) walaupun hanya satu saat”.


Dan setiap hari Allah tala memandang ke dalam hatimu lalu Ia berfirman : “Kenapa engkau hanya memberikan perhatian kepada selain daripadaKu, sedangkan engkau dikelilingi dengan ehsanKu. Apakah engkau sebenarnya tuli, dan tidak dapat mendengar lagi!”.


No comments: